28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pihak tertentu ‘double standard’ isu kes mahkamah – Ahmad Zahid

Beliau meluahkan keanehannya apabila isu kes mahkamah tidak digunakan terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan sikap pihak tertentu yang dilihat seolah-olah ‘double standard’ dalam menggunakan isu kes mahkamah bagi menyerang beliau.

Bahkan, beliau meluahkan keanehannya apabila isu kes mahkamah tidak digunakan terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Sebaliknya saya sahaja dijadikan punch bag mereka. Ada segelintir dalam UMNO terpengaruh. Semoga segelintir ini cepat sedar dan munasabah diri.

“Ternyata sikap double standard ini tidak lain dan bukan kerana mereka tahu strategi dan kepimpinan saya boleh memberikan kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya ke-15 ini.

“Saya juga akur apabila nama dan reputasi saya sebagai pejuang mempertahankan UMNO, tahan uji dan langsung yang tidak gentar daripada digertak, ditakut-takutkan dengan pelbagai serangan dan tuduhan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ahmad Zahid mengingatkan apabila musuh BN tahu pencapaian besar BN telah dicapai pada sebahagian besar PRK, memulihkan UMNO ketika ramai dalam BN sendiri menjauhi UMNO ketika itu, menang PRN Melaka dan Johor mereka sedar betapa Pengerusi BN dan Presiden UMNO adalah hambatan besar untuk mereka kalahkan.

“Kalau kalah lebih mudah mereka bermaharajalela berbuat apa-apa sahaja terhadap UMNO dan BN.

“Maka mereka menyerang Pengerusi dan Presiden UMNO. Ada baling batu sembunyi tangan. Ada guna blogger pelarian tiada kredibiliti dari UK untuk menyerang walaupun blogger pelarian ini tidak berani balik Malaysia berdepan undang-undang Malaysia.

“Ada juga menggunakan isu perbicaraan mahkamah untuk diskredit Pengerusi BN sekali gus Presiden UMNO walaupun sebahagian besar sudah didapati tidak bersalah dan merupakan perbicaraan terpilih legasi era Atok (Tun Dr Mahathir Mohamad).

Advertisements

“Saya berani berdepan dan menghadapi mahkamah kerana saya tahu saya tidak bersalah dan saya dikenakan hanya kerana tidak mahu membubarkan UMNO dan menyertai parti Bersatu Mahathir ketika itu.

Menurut beliau lagi, ketika itu ramai pemimpin BN menikus sampai melompat parti dan berkhianat serta bernada seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Akan tetapi saya tetap tegak mempertahankan UMNO daripada dibubarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan pihak tertentu itu sebenarnya semakin resah dan takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

“Mereka bimbang nasib dan masa depan politik mereka selepas pilihan raya umum selepas tindakan jahat mereka lakukan.

“Kesemua kita sepatutnya teruji dan bersama-sama di waktu susah, getir dan mencabar hingga UMNO bangkit seperti sekarang,” katanya.

Bahkan menurut beliau, ketegasan dalam mengetuai dalam membuat keputusan dan menentukan hala tuju BN yang lebih berstrategik menambahkan lagi ketakutan dan mimpi ngeri musuh politik BN.

“Sedarlah bahawa setiap usaha untuk melemahkan BN dari dalam dan luar, akan menjadikan BN menjadi lebih cerdas, kuat, tegas dan bersepadu. Insya Allah!

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan