30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pastikan 90 peratus pengundi putih mengundi esok – Mohamad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENTERA Barisan Nasional (BN) dikerah agar meningkatkan gerak kerja di samping memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus pengundi putih keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau berkata dengan gerak kerja yang tersusun dan dapat mengeluarkan seramai mungkin pengundi putih, beliau yakin BN dapat memperoleh kemenangan.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, beliau percaya sasaran itu dapat dicapai dan BN akan dapat membentuk kerajaan selepas pengiraan undi selesai.

“Saya telah minta semua jentera BN di seluruh negara mempertingkatkan lagi gerak kerja dan tugasan masing-masing sehingga esok supaya pengundi putih yang dikenalpasti dapat dikeluarkan seramai yang mungkin,” katanya selepas bertemu penduduk di Gadong, Kota.

Dalam pada itu calon Parlimen Rembau itu juga yakin dapat mempertahankan kawasan tersebutyang disifatkan sebagai kubu kuat BN.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu berkata, Rembau selamanya berpihak kepada BN dan percaya penduduk kawasan itu terus memberi sokongan kepada parti pada pilihan raya kali ini.

“Parlimen Rembau dulu kini dan selamanya selamat (untuk BN). Saya berjumpa seramai mungkin pengundi di sini menerusi lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan cawangan.

“Parlimen Rembau memang satu kawasan yang diklasifikasikan kawasan putih dan saya yakin penduduk di sini adalah penyokong kuat BN,”katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO membuat penampilan pertama bertanding di peringkat Parlimen pada PRU15 bagi mempertahankan kawasan yang dimenangi oleh penyandangnya Khairy Jamaluddin sejak tiga penggal lepas.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan