26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Hari mengundi: Prasarana beri tambang percuma esok

Melibatkan perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan LRT, MRT, monorel, BRT dan bas henti-henti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) memberi tambang percuma sepanjang hari esok sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kesemua perkhidmatan di bawah kendaliannya.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Transit Aliran Bas (BRT) atau bas henti-henti.

“Ini adalah langkah Prasarana sebagai sebuah syarikat Malaysia memudahkan rakyat keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawab dan hak mereka,” menurut kenyataan itu.

Prasarana memaklumkan pengguna My50 boleh menggunakan pas seperti biasa manakala pengguna kad Touch ‘n Go boleh menggunakan kad tanpa sebarang caj.

Sementara itu, pengguna token pula perlu ke mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala.

Baca juga:   Indonesia tarik balik pembekuan pekerja ke Malaysia

Bagi perkhidmatan Rapid Bus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan termasuk bas perantara MRT, Prasarana memaklumkan pengguna tidak perlu menyentuh kad di mesin pengimbas apabila menaiki atau turun daripada bas.

Menurut Prasarana tambang percuma itu bagi memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi dengan mudah, tenang dan selamat.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman media sosial Prasarana serta laman web https://myrapid.com.my.

Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini serta bagi merancang perjalanan. – BERNAMA

Baca juga:   Ismail Sabri bidas dongeng pembangkang Zahid jadi PM

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan