26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

UMNO diharamkan jika BN tewas PRU-15 – Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa UMNO akan diharamkan oleh parti lawan sekiranya Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Presiden UMNO, ini kerana gerakan musuh yang mahu mengharamkan parti itu masih kuat selepas cubaan pertama mereka sebelum ini gagal.

Beliau berkata, usaha mengharamkan UMNO itu bertujuan menghapuskan pengaruh akar umbi dan kedudukan parti berteraskan Melayu tersebut.

“Jadi, (hanya) kemenangan BN kali ini mampu menyelamatkan UMNO daripada percubaan untuk dibubarkan pada kali kedua sejak tahun 2018,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, usaha untuk mengharamkan UMNO telah dilakukan selepas PRU14 pada 2018 namun kerana perjuangan beliau mempertahankan parti itu, akhirnya usaha mereka gagal.

Advertisements

Beliau berkata, harga memperjuangkan dan mempertahankan UMNO sangat tinggi untuk ditanggung oleh beliau sekeluarga.

“Akan tetapi demi maruah dan harga diri UMNO maka marilah kita seluruh ahli dan pendukung BN menegakkan kebenaran menuju sebuah negara hukum yang berdaulat.

“Pastikan sistem negara yang adil dan tidak ada pendakwarayaan terpilih berlaku lagi.

“Selamatkanlah UMNO daripada cubaan untuk diharamkan. Undilah BN demi mempertahankan maruah dan harga diri UMNO daripada diaibkan, diperkotak-katik dan diperlekeh oleh musuh BN!,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan