29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerajaan Keluarga Malaysia komited majukan e-sukan – PM

Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM13 juta dalam Bajet 2023.

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan Keluarga Malaysia komited untuk memajukan pembangunan e-sukan di negara ini dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM13 juta dalam Bajet 2023.

Menurut beliau, ini kerana industri e-sukan kini sedang giat berkembang di seluruh dunia dan mampu menjana pendapatan sehingga RM7.56 bilion pada 2024.

“E-sukan sudah tidak asing lagi dalam kalangan belia dan tanggapan masyarakat juga sudah berubah terhadap e-sukan, yang kini sudah mampu menjadi kerjaya kepada anak muda,” kata beliau ketika merasmikan Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera hari ini.

Karnival itu dianjurkan bersama oleh Perkeso, HRD Corp dan Miat Quadra E-Sport Club bagi menghimpunkan anak muda dari Parlimen Bera dan kawasan sekitarnya.

Advertisements

Seramai 300 anak muda Bera mengambil bahagian dalam pertandingan Santai e-Games yang diadakan sempena karnival tersebut.

Malahan, acara tersebut dimeriahkan dengan kehadiran juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10, Team Haq Esports Club yang menduduki ranking keempat dunia.

Perdana Menteri memberitahu, pasukan itu juga akan mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 yang akan dilangsungkan di Jakarta, Indonesia tahun depan.

“Saya berharap Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera dapat dijadikan acara tahunan, dan menjadi platform kepada belia khususnya di Bera, untuk menerokai peluang pekerjaan dan meningkatkan sosio-ekonomi mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan