29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

11 aduan rasuah, salah laku diterima SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 11 maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, jumlah itu diterima menerusi bilik gerakan di seluruh negara sejak ia dibuka bermula hari penamaan calon pada 5 November lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dan mengkaji terlebih dahulu sebelum diambil tindakan di bawah akta SPRM.

“Setakat ini lebih kurang 11 maklumat dan aduan yang diterima oleh bilik gerakan di seluruh negara sejak hari penamaan calon. 

“Ada laporan yang dibuat secara bersemuka, pick up dari media dan sebagainya jadi mana-mana maklumat yang diterima dalam saluran yang betul, kita akan ambil maklum dulu sebelum kita kaji,” katanya, lapor Malaysiapost.

Advertisements

Azam berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya aduan dan maklumat yang diterima berasas.

“Bukan semua (disiasat) kerana kadang-kadang maklumat ini hanya cakap-cakap sahaja,” katanya.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan membuka Bilik Gerakan PRU15 di seluruh negara bagi memudahkan aduan serta penyaluran maklumat orang ramai berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen.

Kesemua bilik gerakan itu akan beroperasi sepanjang hari bermula hari ini hingga hari pengundian pada 19 November.

Calon dan parti politik yang didapati melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya boleh disabitkan kesalahan dibawah Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan