26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kumpulan terakhir jemaah umrah terkandas tiba di tanah air

Sebelum ini, kumpulan pertama membabitkan 36 jemaah selamat tiba pada 4 November, disusuli kumpulan kedua (empat orang), Isnin lalu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 23 lagi jemaah umrah warga Malaysia daripada kumpulan tarekat, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, mereka adalah kumpulan terakhir daripada 63 jemaah umrah yang terkandas di Madinah, Arab Saudi sejak Jun lalu.

“Kumpulan terakhir itu tiba pada jam 1.20 tengah hari tadi dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi.

“Sebelum ini, kumpulan pertama membabitkan 36 jemaah selamat tiba pada 4 November, disusuli kumpulan kedua (empat orang), Isnin lalu,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, urusan membawa pulang jemaah umrah yang terkandas itu dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Advertisements

“Kerajaan Malaysia juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam membantu usaha ini,” katanya.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia sekali gus dinasihatkan sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang negara tuan rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berada di luar negara.

Dalam kenyataan sebelum ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan bahawa seramai 63 jemaah umrah negara ini yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak, terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu.

Gerakan tersebut dipercayai merancang untuk menunggu kemunculan Imam Mahdi di Arafah pada hari wukuf lalu, namun hampa apabila langsung tidak pernah pun dibawa ke Mekah.

Ketua tarekat gerakan sesat tersebut diusir keluar pihak kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas susulan pelanggaran undang-undang tempatan berkaitan visa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan