25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

BN tidak salahkan pengundi tewas dalam PRU-14

Mereka terpedaya dengan janji-janji besar dan melangit PH sehingga memberi kemenangan kepada gabungan parti itu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak menyalahkan pengundi yang telah diperdaya dengan janji-janji besar Pakatan Harapan (PH) dan memberi kemenangan kepada gabungan itu.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PH yang memerintah selama hampir dua tahun sepatutnya boleh menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat, namun mereka tidak dapat melaksanakannya.

“Pada PRU-14 yang lalu pada 2018 kita tidak salahkan pengundi yang telah balik ke kampung ataupun mengundi PH pada waktu itu kerana pada waktu itu kebanyakan pengundi terpedaya dengan janji-janji yang besar dibuat oleh PH dalam manifestonya.

“Seperti yang kita semua tahu selepas mereka menjadi kerajaan mereka tidak dapat melaksanakan apa-apa janji yang dibuat dalam manifesto mereka,” katanya.

Baca juga:   Lelaki intai guru wanita di tandas diburu polis

Beliau berkata demikian kepada media di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas di Alor Biak, Ayer Hitam, hari ini.

Jelas Mahdzir, pada PRU-15 kali ini PH dilihat cuba sekali lagi hendak mendapatkan sokongan rakyat dan meminta diberi peluang untuk menunaikan janji mereka.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan rakyat supaya memilih parti yang menawarkan manifesto yang lebih praktikal dan digubal berdasarkan realiti semasa, pada PRU-15, 19 November ini.

Mahdzir yang juga calon Barisan Nasional bagi Parlimen Padang Terap menambah, rakyat telah pun dapat menyaksikan kesan daripada PRU-14 pada 2018 apabila PH dipilih menerajui negara yang menawarkan pelbagai janji tetapi tidak ditepati.

Baca juga:   ABIM bimbang sentimen perkauman semarak selepas PRU-15

“Untuk PRU-15 ini saya mengharapkan pengundi-pengundi yang akan mengundi pada hujung minggu nanti supaya tidak lagi terpedaya dengan apa yang disebutkan okeh PH kerana mereka dah janji, mereka buat janji itu tapi mereka tidak laksanakan,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan