30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Harga ayam RM8 di Karnival Jualan Keluarga Peladang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAWARAN jualan ayam dengan harga serendah RM8 bagi seekor ayam menjadi tarikan pada Karnival Jualan Keluarga Peladang di Dataran Kerayong, Bera hari ini.

Tawaran yang dianjurkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) itu hanya terhad kepada 500 ekor sahaja selain pada waktu biasa, seekor akan dijual pada harga RM10 terhad bagi 1,000 ekor.

Objektif program Karnival Jualan Keluarga Peladang antara lain bagi mengeratkan hubungan NAFAS dengan ahli Peladang serta masyarakat setempat secaranya amnya.

Program yang diadakan sebagai pengisian bersama Karnival Anak Muda Gegor Bera itu bermula jam 8. 30 pagi hingga 1 tengah hari.

Pelbagai pameran dan jualan dengan penglibatan bersama jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Agrobank dan penglibatan sama Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) seta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera.

NAFAS menyediakan reruai pameran seta jualan input pertanian dengan potongan harga yang menarik.

Dalam pada itu, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat secara terperinci mengenai pelbagai maklumat, bantuan serta pelaburan yang boleh disertai sekiranya menjadi ahli peladang.

Selain itu, turut akan diadakan jualan produk jenama Peladang yang berasaskan makanan antaranya ayam, beras, minyak masak serta input pertanian.

Pada masa sama, NEKMAT turut menjual produk ikan segar beku Q-fish dengan tawaran harga menaril, jualan terus daripada ladang oleh FAMA dan Agrobank akan membuka kaunter perkhidmatan. – Edisi 9

Terkini

Jarak bukan penghambat kemesraan menyambut Aidilfitri

Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR HARI Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan...

Lagi Artikel Berkaitan