31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

53 set bubu naga bernilai hampir RM4,000 dirampas di Perak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Kuala Kurau telah merampas 53 set bubu naga di kedudukan 0.5 hingga 0.7 batu nautika barat muara Kuala Terong, Perak pada sekitar jam 9.35 malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin dalam keadaan hujan di perairan Larut Matang, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah menemukan beberapa pelampung yang mencurigakan dan disyaki penanda kepada bubu naga.

“Hasil pemeriksaan ke atas pelampung itu mendapati terdapat sebanyak 53 set bubu naga di tiga lokasi berasingan.

“Kesemua bubu naga dan penanda dirampas sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk siasatan.

Advertisements

“Anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini berjumlah RM 3,710 dengan nilai RM 70 untuk setiap set,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau meletakkan belat ikan, peralatan atau peranti mengumpul ikan yang tidak dilesenkan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Sebarang aduan dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 untuk tindakan segera,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan