25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Gabungan PH-BN: Rakyat Kelantan belum serasi

Mesti Baca

MASIH belum serasi dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjadi antara faktor rakyat Kelantan menolak parti itu.

Pengerusi Parti Kerajaan Perpaduan Madani negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, hari ini bukan pengakhiran dalam perjuangan gabungan parti berkenaan.

Baginya, gabungan itu hanya berusia lapan bulan dan masih memerlukan masa untuk meyakinkan rakyat di Kelantan.

“Kita menerima keputusan rakyat melalui proses demokrasi tetapi pada masa sama kita bangga kerana ‘popular vote’ untuk calon BN-PH juga tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman keputusan PRN di Bangunan UMNO Kota Bharu, hari ini. 

Ahmad Jazlan berkata, pihaknya mahu pemerintah Kelantan menunaikan semua janji mereka sebelum ini selain manifesto baharu yang ditawarkan.

Advertisements

Enam kerusi dirampas Perikatan Nasional (PN) dalam PRN yang menyaksikan kemenangan 43-2.

Pengerusi UMNO negeri Kelantan itu juga berkata, gabungan BN-PH tidak ditolak secara total dengan bukti bahawa BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berjaya dikekalkan manakala PH pula merampas DUN Kota Lama.

“Kemenangan dua DUN ini menunjukkan hasrat PN untuk ‘mengosongkan’ parti lawan mereka di Kelantan gagal.

“Kita tidak akan berputus asa dan bersedia membaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai manifesto BN-PH, Ahmad Jazlan berkata, ramai rakyat tidak menolak tawaran berkenaan.

“Mungkin ada yang masih percaya dengan janji Pas dan mereka merasakan sesuai dengan rakyat dan kita harap, mereka tunai semua janji itu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan