26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

NS terima gabungan PH-BN, kekal bentuk kerajaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) secara rasmi telah berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan apabila menang dengan majoriti mudah kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pakatan itu memperoleh lebih separuh daripada 36 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kedua-dua parti terbabit telah menang di 25 buah kerusi dengan DAP menang di kesemua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi manakala BN menang di 14 daripada 17 kerusi yang ditandingi.

Antaranya DUN Pertang, Palong, Senaling, Chennah, Rahang, Nilai, Lukut, Rantau, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Mambau, Sikamat, Repah, Klawang, Bahau, dan Seremban Jaya.

Advertisements

Antara lain, DUN Sg Lui, Gemencheh, Chembong, Linggi, Kota, Jeram Padang dan Johol.

Mengikut keputusan tidak rasmi, Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Gemas, Bagan Pinang dan Paroi.

Beberapa orang calon tumpuan turut menang di kerusi yang ditandingi termasuklah Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (Rantau); Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook (Chennah) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias di Pertang.

Dengan kemenangan tersebut, membuktikan gabungan PH dan BN di Negeri Sembilan diterima ramai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan