24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pas berjaya bentuk kerajaan di Terengganu, Kelantan

Mesti Baca

PAS berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus di Terengganu dan Kelantan seterusnya berjaya membentuk kerajaan di kedua-dua negeri berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, di Terengganu, parti gabungan politik Perikatan Nasional (PN) itu memenangi 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.

“Sementara Kelantan pula berjaya memenangi 23 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, pada PRN hari ini.

Advertisements

Berdasarkan data keputusan SPR malam ini, Pesuruhjaya Pas Kelantan berusia 72 tahun itu, menang dengan majoriti 12,811.

Ahmad mendapat 18,783 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim yang memperoleh 5,972 undi.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Ahmad menang DUN Pasir Pekan dengan majoriti 8,352 undi menewaskan calon BN dan Pakatan Harapan (PH).

Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas adalah penyandang kerusi DUN Pasir Pekan sejak PRU9 dan kemenangan ini menyaksikan beliau mengekalkan kerusi itu buat kali ketujuh. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan