27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PN menang majoriti mudah, bentuk kerajaan di Kedah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) bakal membentuk kerajaan di Kedah apabila melepasi angka majoriti mudah sehingga pukul 10.30 malam tadi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, PN telah mendapat majoriti mudah selepas memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Daripada jumlah tersebut, 16 daripadanya merupakan keputusan rasmi yang dipaparkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.

Antara kerusi yang dimenangi PN termasuk DUN Ayer Hangat, Kuah, Kota Siputeh, Ayer Hitam, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kuala Nerang, Pedu, Suka Menanti, Alor Mengkudu dan Belantek.

Advertisements

Selain itu, parti itu turut menang di Pantai Merdeka, Gurun, Kuala Ketil dan juga Kulim.

Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu hanya menang dua kerusi seperti di Kota Darul Aman dan Bakar Arang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengekalkan kerusi disandang di Jeneri dengan majoriti sebanyak 16,050 undi menerusi keputusan tidak rasmi.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid tewas kepada wakil PN, Mohd. Radzi Md. Amin di Pedu dengan majoriti 6,373 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan