28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

APAD telah jalankan pengujian tren LRT malam tadi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Teknikal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telahpun menjalankan pengujian tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, malam tadi.

Perkhabaran baik itu disampaikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebook beliau.

Ka Siong berkata, APAD sedang berada di tapak untuk menjalankan pengujian tren LRT Laluan Kelana Jaya dan dijangkakan tamat pada jam 5 pagi (tadi).

“Prasarana dan kumpulan pakar dari Thales Group, Kanada sedang bertungkus-lumus mengenalpasti masalah teknikal yang berlaku.

“Mereka akan mencari penyelesaian dan seterusnya melakukan pengujian tren untuk memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya,”katanya.

Ujar beliau, pasukan berkenaan sedang menjalankan kerja pengujian sistem penuh (Gombak – Putra Height – Gombak) menggunakan 24 set tren, yang bermula jam 11.15 malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan, pasukan pakar dan jurutera luar negara, Thales Group Kanada akan menyertai kumpulan jurutera Rapid Rail bagi mempercepatkan proses baik pulih perkhidmatan LRT.

Penyertaan pasukan pakar luar negara itu dibuat bagi mempercepatkan proses baik pulih gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC) di Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park yang membabitkan 16 laluan.

Kelmarin, Rapid KL memaklumkan sebanyak 16 stesen LRT dari stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan.

Antara stesen terlibat adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi dan Bangsar.

Stesen lain yang turut terjejas adalah Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan