Saturday, June 13, 2026

Anwar bimbang lihat sentimen, retorik perkauman diapikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kebimbangan beliau melihat sentimen dan retorik perkauman yang terus diapikan ketika ini.

Ini kerana, beliau berkata, terdapat segelintir pihak yang terdesak dan berkepentingan dilakukan, terutamanya di saat penting seperti sekarang.

“Usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan.

“Ini kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat.

“Malaysia yang cintakan keamanan. Saya amat mengalu-alukan kenyataan tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam menghentikan perkembangan yang mampu menggugat kemajmukan Malaysia ini,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak menimbulkan situasi atau sebarang provokasi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui media sosial.

Ini berikutan PDRM mengesan tindakan pengguna media sosial memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina institusi diraja susulan keputusan PRU15 serta pembentukan kerajaan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan