25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Tiga jawatan TPM: Biarlah menang dahulu – Ismail Sabri

Ahmad Zahid mengesyorkan supaya cadangan jawatan kedua tertinggi kerajaan itu dimasukkan dalam manifesto BN.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CADANGAN mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) termasuk wakil dari Sabah dan Sarawak hanya akan diputuskan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa kini BN belum memikirkan soal jawatan dalam Kabinet kerana mahu memberi fokus memastikan kemenangan parti dalam pilihan raya kali ini.

“Tak tahu lagi, biar kita (BN) menang pilihan raya dulu, kalau perkara ini (jawatan TPM) dalam manifesto, kalaulah perkara ini (dimasukkan) dalam manifesto kita, tentu sahaja kita akan pastikan ia dilaksanakan.

“Bagaimanapun kita tunggu lepas kita menang dulu, lepas tu kita bincanglah, sebab tentu sahaja kalau kita teruskan dengan cadangan kita ini, manifesto kita ini, kita akan dapatkan nama.

Baca juga:   WHO beri amaran jangan pandang ringan varian Omicron

“…kalau wakil Sabah, Sabahlah yang akan beri nama, kalau wakil daripada Sarawak, kerajaan Sarawak yang akan memberi nama kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Program [email protected] di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan agar tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung diwujudkan jika BN menang dominan pada PRU-15.

Ahmad Zahid mengesyorkan agar cadangan jawatan kedua tertinggi kerajaan itu dimasukkan dalam manifesto BN.

Mengulas kenyataan Pas bahawa tawaran tiga jawatan TPM termasuk dari Sabah dan Sarawak itu hanya sekadar janji terdesak untuk meraih undi, Ismail Sabri secara ringkas berkata itu adalah padangan parti tersebut.

Baca juga:   PM harap operasi selamat krew terperangkap lancar

“Itu pandangan daripada Pas, biarlah Pas dengan pandangan dia, kita dengan pandangan kita,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan