33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

‘Suci Dalam Debu’ kisah percintaan kami – Balu Wan Zul

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

LAGU Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu rupanya berkisar kisah percintaan komposernya, Allahyarham Wan Zul dengan isteri tercinta, Tengku Siti Famah.

Perkara itu diceritakan sendiri oleh balu komposer tersebut kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika bekas Ahli Parlimen Kemaman itu mengunjungi kediaman arwah di Kijal, Kemaman baru-baru ini.

Bagaimanapun, balu pemilik nama Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani atau Ahmad Shabery sendiri tidak menjelaskan tentang kisah di sebalik lagu tersebut.

Berikut bait-bait lagu Suci Dalam Debu ciptaan Wan Zul dan lirik S. Amin Sahab yang mengangkat nama kumpulan Iklim dan penyanyinya Saleem di persada hiburan serantau:

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Ku harapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

Ku harapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata…

Menghayati bait-bait lagu tersebut menggambarkan kisah percintaan antara dua insan yang berlainan darjat yang penuh liku namun akhirnya berakhir dengan kebahagiaan.

Ahmad Shabery berkata, Allahyarham Wan Zul lain daripada yang lain dan kuat bekerja kerana minatnya yang mendalam terhadap muzik.

“Tidak tidur malam. Bekerja sepanjang malam mencipta dan membuat arrangement sendiri di studio sederhana di rumah peninggalan ayahandanya di Kijal,” cerita Ahmad Shabery menerusi Facebook beliau.

Berdasarkan laporan media, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kemaman pada 2.20 pagi 13 Oktober lalu pada usia 61 tahun akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Hasil perkahwinan dengan Tengku Siti Famah, Allahyarham dikurniakan dua cahayamata iaitu Che Wan Nursyikin dan Che Wan Nuradli.

“Dunia seni tanah air kehilangan seorang tokoh besar yang sukar dicari ganti. Semoga roh dirahmati dan diletakkan bersama golongan mukminin. Alfatihah,” kata Ahmad Shabery. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan