24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jualan Program Keluarga Malaysia perlu diadakan di kawasan terpencil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat Jualan Program Keluarga Malaysia yang dijalankan kerajaan di seluruh negara ketika ini perlu diadakan di kawasan-kawasan terpencil.

Ini kerana, Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor itu berkata, beliau menerima banyak aduan mengenai kenaikan harga barang ketika pergi pelbagai program.

“Ada ramai yang cakap dengan saya, “YB, harga barang sekarang mahal lah.” Saya faham dan saya dengar keluh kesah rakyat.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan ialah pemberian subsidi RM77.7 bilion bagi mengekalkan harga pelbagai barangan dan makanan asas.

“Kerajaan juga ada jalankan program Jualan Program Keluarga Malaysia di seluruh negara. Bila saya tanya orang Kuala Selangor, rata-rata memang sokong program ni sebab harga barangnya memang murah.

“Tapi ada juga sesetengah tidak dapat pergi kerana kekangan seperti tiada kenderaan dan sebagainya.

“Jadi saya pun terfikir, apa kata kita bawa jualan murah itu kepada mereka, lebih-lebih lagi di kawasan terpencil.

Advertisements

“Naik basikal pun sekejap je sampai,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Tengku Zafrul berkata, setakat ini, Jualan Santuni Rakyat boleh didapati di lima kawasan iaitu di Kedai Runcit Da’i Mart, Bukit Badong; Kedai Runcit Suhaimi, Felda Bukit Cherakah; Kedai Runcit Sukahati, Pekan Jeram; Pasaraya TST Simpang Tenun, Jeram dan Kedai Runcit Abang Kamal, Taman Permai, Jeram.

“Minggu lepas saya pergi ke Pekan Rabu, Bukit Cherakah dan Tapak Benteng Fasa 3, Puncak Alam pula. Jadi apa yang ada di Jualan Santuni Rakyat?

“Contohnya macam ayam, kalau di kedai harga seekor boleh cecah RM16, di Jualan Santuni Rakyat ini kita jual seekor RM7 sahaja.

“Minyak masak botol 2 kilogram (kg), kita jual RM8, kalau dekat kedai lebih kurang RM14.50. Telur pula kalau 10 biji dekat kedai RM6, dekat sini kita jual RM2. Jadi memang sangat berbaloi. RM17 sahaja sudah dapat beli macam-macam barang asas dapur. Berbaloi kan?

“Jangan risau, program ini masih belum tamat. Kita akan terus menjelajah seluruh pelusuk Kuala Selangor,”katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan