24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ketua jabatan bergelar ‘Datuk’ ditahan terima rasuah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bergelar ‘Datuk’ kerana disyaki terlibat menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.

Lelaki berumur 40 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8 malam semalam, dan kini direman selama empat hari hingga 21 Okt ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Advertisements

Menurut sumber SPRM, perolehan empat kenderaan itu bernilai lebih RM290,000 untuk kegunaan sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan lelaki berkenaan ketika dihubungi hari ini berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.— BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan