RERUAI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Melaka sambutan yang luar biasa hari pertama jelajah berkenaan.
KPM dalam hantaran Facebook menyatakan aktiviti pengisian di Pentas Mini Citarasa menampilkan persembahan demonstrasi Projek Child Detector Alarm (CDA) daripada pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.
Selain itu menurut hantaran berkenaan, demonstrasi pembuatan baja (Kaiser Fertiliser) serta penghasilan 3D printing daripada pelajar Sekolah Menengah Teknik Melaka turut mengisi aktiviti di Pentas Mini Citarasa berkenaan.
“Reruai Kementerian Pendidikan Malaysia juga mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat setempat bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan.
“Majlis perasmian jelajah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk SeriIsmail Sabri Yaakob,” kongsinya hari ini.
Hantaran berkenaan bagi berkongsikan rangkuman terkini hari pertama JAKM, semalam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir menyaksikan demostrasi ini Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Mohd Azam Ahmad, Pengarah Kolej Vokasional Melaka Tengah, Ruzahriah Telimik dan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Melaka, Jaliah Abu.
-EDISI9