29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘Dulu Langkawi tiada tarikan, kini tarik 3.5 juta pelancong setahun’

Setelah bertahun LTDL dianjur, ia menjadi semakin hebat, ramai ambil bahagian dan disertai pelumba bertaraf dunia.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsikan sejarah sukan bertaraf antarabangsa, Le Tour De Langkawi (LTDL) yang bukan hanya menaikkan nama tempat tersebut, bahkan nama negara.

Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau pernah bekerja di Langkawi pada tahun 1956.

“Masa itu saya dapati tidak ada apa-apa daya tarikan untuk pelancong datang. Jadi kita buat keputusan pertamanya jadikan Langkawi pulau bebas cukai. Sejak itu jumlah pelancong meningkat daripada 10,000 setahun kepada 3.5juta pelancong setahun.

“Dengan itu orang makin kenal dan pilih Langkawi untuk melancong. Untuk rancakkan lagi, kita adakan LTDL di Langkawi bagi giatkan lagi keluar masuk pelancong ke sini,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Mahathir lagi, selepas 26 tahun LTDL, beliau dapati sukan itu semakin kompleks.

“Kita perlu pandai urus kerana setiap hari akan ada satu route untuk dikayuh. Jadi persediaan rapi dan kecekapan amat penting dalam memastikan ianya lancar dan mencapai standard antarabangsa.

“Saya fikir selain dari acara berbasikal, kita boleh adakan acara seperti “Iron Man” yang melibatkan aktiviti berlari, berenang dan berkayuh.

“Melalui acara sebegini maka akan lebih ramai peminat datang dari seluruh dunia untuk sertai dan beri sokongan. Ini juga menjadi “booster” kepada industri pelancongan di Langkawi.

Apa juga yang dibuat menurut beliau, semuanya ialah pelaburan.

“Pelaburan kita ialah keadaan menjadi tidak berapa senang, jalan ditutup dan sesak umpamanya. Ini mungkin mengganggu penduduk.

“Tetapi kesulitan seperti ini sebenarnya memberi rezeki kepada rakyat Langkawi bilamana kehadiran orang ramai itulah penyumbang kitaran ekonomi penduduk Langkawi,” katanya.

Advertisements

Terdahulu, Mahathir menyatakan LTDL mencontohi Le Tour De France.

“Pada awalnya kita cuma hendak buat mengelilingi Langkawi, tidak rancang hendak diadakan di seluruh Malaysia. Semasa itu kita tidak ada kebolehan maka saya minta wakil Malaysia berjumpa dengan pihak Le Tour De France dan belajar cara hendak anjur.

“Ketika itu tidak banyak perlumbaan basikal seperti ini. Dan pada 1996 kita anjurkan buat pertama kali, tidak banyak kemudahan dan kita bergantung kepada syarikat Eropah untuk penganjuran termasuklah penyiaran acara ini.

“LTDL pernah diadakan sehingga ke Sabah tetapi kerana cabaran logistik, kita terpaksa hadkan di Semenanjung sahaja. Setelah bertahun LTDL dianjur, ia menjadi semakin hebat, ramai ambil bahagian dan disertai pelumba bertaraf dunia,” katanya.

Menurut beliau, sambutan rakyat kepada sukan ini begitu menggalakkan.

“Mereka keluar berdiri di tepi jalan beramai-ramai tak kira di bandar atau kampung hanya nak beri sokongan kepada pelumba.

“Rakyat Malaysia mula tunjuk minat dengan sukan berbasikal, maka ramailah yang pilih sukan berbasikal. Kita dapati ada yang minat dan bakat diasah. Sekarang kita sudah lahirkan jaguh tempatan bertaraf dunia, berkayuh sama laju dengan pelumba asing dalam acara LTDL ini.

“Satu lagi perkara yang mungkin ramai terlepas pandang, LTDL mendapat liputan saluran televisyen seluruh dunia. Ada masanya hingga 300 stesyen tv buat liputan sepanjang 10 hari perlumbaan.

“Secara tak langsung pemandangan dan suasana Malaysia dipromosi ke seluruh dunia dan menarik rasa ingin tahu orang luar berkenaan Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, Edisi LTdL ke-26 yang tamat semalam menawarkan jumlah jarak keseluruhan lebih 1,000km kepada pelumba.

Perlumbaan berprestij LTdL untuk edisi akan datang kekal dengan status ‘pro-series’ bermula tahun 2023 sehingga 2025.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan