31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Pemandu tular Myvi lawan arus ditahan

Polis turut merampas kereta Perodua Myvi tersebut untuk siasatan lanjut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMANDU Perodua Myvi yang dikesan memandu melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kulai, Johor, semalam telah ditahan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pukul 1 petang di sebuah pangsapuri di kawasan Kangkar Pulai, Skudai.

Menurutnya, berpandukan video yang tular itu, anggota Bahagian Penguat kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah berjaya mengesan suspek.

“Suspek dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan selanjutnya. Polis turut merampas kereta Perodua Myvi tersebut untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, pemandu memaklumkan terlepas simpang Senai Utara dan disebabkan bimbang tersesat lagi jauh, dia mengambil keputusan patah balik.

Baca juga:   Azhar Ali dakwa jadi mangsa 'scammer'

Semalam, tular sebuah video berdurasi 11 saat memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi melawan arus dengan memasang ‘hazard light’. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Muhyiddin belanja wang KWSP untuk rakyat – Anwar

PERBELANJAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyat sebahagian besarnya diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan