30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Asyraf Wajdi jadi sasaran video fitnah lama diulang siar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pemimpin parti politik tidak terlepas dari menjadi sasaran fitnah dari pihak tertentu.

Tidak terkecuali, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut menjadi sasaran menerusi video yang diulang siar dan beliau mendakwa telah difitnah.

Dalam hantaran menerusi Facebook, beliau berkata, banyak berita fitnah yang mula ditularkan termasuklah, mengulang siar video fitnah lama kononnya beliau memeluk wanita bukan mahram.

Beliau menegaskan, dalam video tular itu wanita yang dipeluk semuanya adalah ibu, isteri dan adik-beradik kandungnya sendiri.

“Mereka cuba sedaya upaya memfitnah, mentohmah dan bersungguh-sungguh menyelongkar sebarang salah silap saya.

“Alhamdulillah Allah pelihara saya daripada terlibat dengan sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, beliau juga tidak pernah didakwa di mahkamah kerana pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan, kuasa ataupun melakukan sebarang perilaku tidak berintegriti.

“Sebab itu mereka terus berusaha merosakkan reputasi dengan fitnah dan mencipta persepsi.

“Ingatlah politik fitnah hanya membawa kecelakaan dan bencana kepada diri, masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau menyeru seteru politiknya agar berlawan dengan hujah dan berkempen dengan hikmah seraya membentangkan polisi yang hendak ditawarkan kepada rakyat.

“Bukannya bermain dengan tohmah, bergantung kepada kempen memfitnah dan menanam kebencian,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan