24 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Agong terima menghadap Speaker Turkiye, Mustafa Sentop

Sentop bersama delegasinya tiba pada kira-kira pukul 10.45 pagi, disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen Turkiye, Prof Dr Mustafa Sentop di Istana Negara, hari ini.

Mustafa bersama delegasinya tiba kira-kira pukul 10.45 pagi, disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Turut hadir Duta Turkiye di Malaysia, Emir Salim Yuksel, Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.

Sesi sembah menghadap yang berlangsung hampir setengah jam itu adalah sebahagian daripada program sempena lawatan rasmi Mustafa ke Malaysia selama tiga bermula Isnin.

Baca juga:   Hanya penerbangan kargo dari India, bukan penumpang

Terdahulu, Mustafa serta delegasinya mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Gombak.

Mustafa dijadualkan berlepas pulang petang ini.

BERNAMA

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan