27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

49,851 peserta Program RTW PERKESO telah berjaya dibantu

Pekerja yang mengalami hilang upaya dibantu secara sistematik.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 49,851 peserta Program RTW Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah berjaya dibantu untuk kembali ke alam pekerjaa dalam tempoh sehingga 16 September lalu.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, sejak tahun 2007, Program Return To Work (RTW) PERKESO telah menawarkan banyak peluang dan kemudahan pemulihan fizikal serta vokasional kepada Orang Berinsurans kami.

“Menerusi program ini, pekerja yang mengalami hilang upaya dibantu secara sistematik dengan mengembalikan fungsi anggota badan, agar dapat kembali bekerja lebih awal, dan dengan sihat dan selamat,”katanya pada Majlis Pelancaran Return To Work (RTW) Readiness Scale antara PERKESO dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim semalam.

Mohammed Azman berkata, bukan sahaja pekerja, majikan juga diberikan latihan agar proses kembali ke alam pekerjaan ini lebih lancar.

“Ini dilakukan antaranya menerusi program Workplace Support Integration (WSI) yang dapat melengkapkan majikan dengan ilmu pengetahuan untuk menyediakan kemudahan serta membantu transisi pekerja hilang upaya agar dapat kembali ke alam pekerjaan dengan
lebih selamat dan efisyen.

Dalam pada itu, katanya, aspek kesihatan mental pekerja juga tidak dilupai.

“Menerusi Program Power@Work yang diperkenalkan oleh pasukan kaunselor Return To Work kami, ia turut melatih para majikan untuk mengendalikan isu kesihatan mental di tempat kerja dengan lebih baik agar kesejahteraan pekerja yang hilang upaya tidak terjejas, sekaligus menjamin produktiviti mereka,”katanya.

Tambah beliau, mengenalpasti tahap kesediaan individu hilang upaya untuk kembali bekerja merupakan antara elemen terpenting dalam pengurusan kes.

“Justeru, Return to Work (RTW) Readiness Scale telah dihasilkan bagi
menambah baik dan meningkatkan kecekapan proses pengurusan kes Return to Work.

“Selain instrumen sedia ada, RTW Readiness Scale ini akan digunakan sebagai alat penilaian tambahan oleh Pengurus Kes semasa menyaring tahap kesediaan OB untuk kembali bekerja.

“Menerusi maklumat yang diterima, Pengurus Kes bukan sahaja dapat
melaksanakan penilaian lebih awal dan merangka pelan rehabilitasi serta jenis intervensi yang bersesuaian, malah mereka dapat mengutamakan bantuan kepada individu yang telah bersedia untuk pulang ke alam pekerjaan dengan lebih awal.

“Seperti yang dinyatakan dalam Memorandum Perjanjian (MoA) yang telah dimeterai bersama UPSI pada 9 Mac 2021, penghasilan instrumen ini telah melalui empat fasa utama.

“Salah satu fasa adalah latihan yang dilaksanakan kepada Pengurus Kes dan Penolong Pengurus Kes mengikut zon masing-masing.

“Latihan ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk mengaplikasikan Return to Work (RTW) Readiness Scale dalam menguruskan setiap kes melibatkan peserta RTW.

“Justeru, ia akan menambah baik operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada Orang Berinsurans, sekaligus meningkatkan kualiti penyampaian Program RTW secara keseluruhannya,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan