26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

PN komited wujud kerajaan stabil, bersih kemungkaran

Kemenangan berkenaan penting untuk membolehkan Bersatu dan PN menentukan hala tuju negara yang lebih baik.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kesungguhan perikatan berkenaan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil dan bersih daripada elemen-elemen salah guna kuasa dan kemungkaran.

Atas dasar itu, beliau yang juga Presiden Bersatu itu juga mengingatkan kepada semua ahli parti itu untuk bangkit berjuang untuk memastikan kemenangan PN apabila tibanya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, kemenangan berkenaan penting untuk membolehkan Bersatu dan PN menentukan hala tuju negara yang lebih baik.

“Saya mengingatkan seluruh ahli parti supaya sentiasa berpegang kepada matlamat perjuangan Bersatu yang termaktub di dalam perlembagaan parti.

“Antaranya ialah memerangi rasuah dan mewujudkan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti serta membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-6 Bersatu di Putrajaya.

Advertisements

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Bersatu amat prihatin dengan masalah kemiskinan yang kian meningkat selepas pandemik Covid-19.

“Negara kita juga dijangka berhadapan dengan masalah ekonomi yang lebih serius pada tahun hadapan akibat pertumbuhan ekonomi dunia yang dijangka lebih perlahan.

“Justeru, tanggungjawab Bersatu ialah untuk membantu rakyat yang susah. Saya merakamkan penghargaan kepada Bahagian-Bahagian BERSATU di seluruh negara yang menganjurkan Jualan Prihatin Rakyat yang menjual barangan keperluan harian dengan harga yang murah.

Menurutnya, usaha itu tentulah tidak memadai, namun percaya ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan rakyat yang memerlukan, terutamanya golongan B60 yang semakin terhimpit dengan masalah inflasi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan