29.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Sukma 2022: Sultan Johor ucap tahniah

Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kali dalam 36 tahun penganjuran Sukma.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Johor atas kejayaan menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang berakhir, malam tadi.

“Tahniah kontinjen Johor juara Sukma 2022,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda malam tadi.

Turut menzahirkan ucapan sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kontinjen Johor yang memenangi Sukma 2022 yang menutup tirainya hari ini.

“Saya merasa bangga melihat kontinjen Johor dapat meraih 77 emas dalam kejohanan kali ini, sekali gus berjaya melepasi sasaran awal yang diletakkan iaitu 40 emas.

“Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada kontinjen Johor,” titah Tunku Ismail menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda malam tadi.

Baca juga:   Sultan Ibrahim kurnia sumbangan kepada Adrian, Alexia

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebook, berkata Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kali dalam 36 tahun penganjuran Sukma.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mengiktiraf dan memberi penghargaan yang sewajarnya kepada atlet dan kontinjen Johor yang telah mengharumkan nama negeri itu.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua atlet, barisan kejurulatihan, pihak pengurusan, Majlis Sukan Negeri Johor serta semua pihak yang telah menyumbang dalam kejayaan cemerlang kontinjen Johor,” katanya.

“Patik turut mengambil kesempatan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Keluarga Diraja Johor yang tidak henti mendoakan dan memberikan semangat kepada Kontinjen Sukma Johor.

Baca juga:   Sindiket tumpas, polis sita aset termasuk dadah nilai RM3.7 juta

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang turut hadir memberikan sokongan kepada atlet kita sepanjang temasya ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang merancang sesuatu untuk meraikan kejayaan tersebut.

Pada temasya kali ini, barisan atlet Harimau Selatan mengungguli carta kedudukan pingat dengan kutipan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kutipan tol di lebuh raya DASH bermula esok

PENGGUNA Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, esok. DASH dalam kenyataan...

Lagi Artikel Berkaitan