29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kompleks baharu HTK mula beroperasi 10 Oktober ini

Dengan adanya Kompleks baharu berkenaan bermakna ia dinaik taraf dari status Hospital Daerah ke Hospital Pakar Minor.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KOMPLEKS baharu Hospital Tanjong Karang (HTK) yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 masyarakat setempat dan penduduk sekitar dijadual beroperasi pada 10 Oktober ini.

Berita baik itu disampaikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Majlis Penyerahan Kompleks Baharu HTK di Tanjong Karang, Selangor hari ini.

Khairy berkata, dengan adanya Kompleks baharu ini bermakna ia dinaik taraf dari status Hospital Daerah ke Hospital Pakar Minor dengan menyediakan 10 bidang kepakaran.

“Jika sebelum ini, kira-kira 3,000 kes rujukan pesakit melibatkan penghantaran ke hospital pakar lain namun kini boleh dijalankan di HTK dengan penjimatan kira-kira RM1.5 juta.

Terdahulu, Khairy hadir bersama Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar ke Majlis Penyerahan Kompleks Baharu HTK.

Khairy dan Noh Omar melihat sebuah unit mesin CT Scan yang ditempatkan di Kompleks Baharu Hospital Tanjong Karang.

Dalam pada itu, Khairy juga mengumumkan perolehan sebuah unit mesin CT Scan bagi menampung kira-kira 1,200 kes rujukan pesakit dalam dan pesakit luar.

Katanya, sesuai dengan status baharu sebagai Hospital Pakar Minor, HTK akan dilengkapi dengan dua dewan bedah dan wad ICU selain kemudahan wifi percuma.

“Bakal memulakan operasi pada 10 Oktober ini, perkhidmatan HTK akan memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 masyarakat setempat dan penduduk sekitar untuk mendapatkan rawatan kesihatan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan