31.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Klinik desa Parit Baharu musnah dalam kebakaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH klinik desa musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid Kampung Parit Baharu Sabak Bernam, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 29 anggota termasuk pegawai bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.49 pagi.

Katanya, kesemua anggota itu melibatkan empa buah balai bomba dan penyelamat (BBP) dari Sabak Bernam, Sekinchan dan Sungai Besar selain dibantu BBP Hutan Melintang, Perak.

“Kebakaran melibatkan bangunan setingkat klinik tersebut dengan anggaran kemusnahan 70 peratus.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir 43 minit bagi memadamkan kebakaran tersebut,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kerja-kerja overhaul sedang dilakukan.

Beliau berkata, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

SPRM bekukan akaun bank Bersatu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Bersatu. Tindakan tersebut berlaku sehari selepas parti terbabit mendedahkan akaun...

Lagi Artikel Berkaitan