32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Tiga polis direman dipercayai minta suapan RM180,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA pegawai polis dan seorang anggota ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan satu kes meminta suapan berjumlah RM180,000, bulan lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret R Salini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Perintah itu diberikan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas ketiga-tiga suspek mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek yang ditahan reman terdiri daripada seorang ketua bahagian dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor dan seorang inspektor masing-masing berusia 36 tahun serta seorang sarjan 33 tahun.

Menurut sumber, mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat dalam tiga serbuan berasingan, antara 4.25 petang hingga 5 petang, semalam, lapor Kosmo!

Terdahulu, mereka tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.15 pagi dengan berpakaian lokap dan tangan bergari diiringi pegawai SPRM.

Difahamkan, seorang pemilik sebuah kilang kayu berusia 50-an membuat laporan sebaik seorang pegawai polis meminta wang rasuah berjumlah RM160,000 pada 29 Ogos lalu.

Wang itu dipercayai bagi menyelesaikan kes pengadu dan isterinya yang terbabit dalam satu kes penipuan.

Sehari sebelum itu, pengadu mendakwa dia ada menyerahkan RM20,000 kepada seorang anggota polis wanita untuk tujuan yang sama.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan