36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kate Middleton bergelar Princess of Wales, teruskan legasi Puteri Diana

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAJA Charles III dalam ucapan pertama sebagai pemerintah baharu Britain telah mengesahkan memberi gelaran Prince of Wales dan Princess of Wales buat anak sulungnya, Putera William dan isterinya, Kate Middleton.

Memetik portal berita MailOnline menerusi ucapan yang berlangsung selama sembilan minit itu, Charles menyerahkan gelaran dan tugas lamanya kepada William serta Kate yang kini menjadi pewaris takhta Britain seterusnya.

Apa yang menarik mengenai penyerahan gelaran ini adalah, status Princess of Wales yang menjadi milik Kate adalah kali kedua diguna pakai selepas kemangkatan mendiang Puteri Diana pada 1997.

Diana mendapat gelaran Princess of Wales selepas berkahwin dengan Charles pada 1981 dan terus menggunakannya walaupun setelah pasangan itu bercerai pada 1996.

Ini kerana populariti Diana dalam kalangan rakyat Britain adalah sangat luar biasa sehingga baginda Ratu enggan menimbulkan spekulasi terutama perceraian yang berlaku adalah disebabkan kecurangan Charles.

Apabila Charles berkahwin dengan kekasihnya, Camilla Parker pada 2005, baginda memilih untuk tidak mengambil alih gelaran Princess Of Wales dan hanya dikenali sebagai Duchess of Cornwall yang merupakan gelaran buat suaminya yang kurang popular.

Ini kerana sentimen rakyat Britain terhadap Camilla pada ketika itu masih negatif dan kurang disenangi disebabkan sejarah perhubungannya dengan Charles semasa masih bergelar suami kepada Diana.

Apabila Charles menaiki takhta susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada petang Khamis (waktu tempatan), Kate menyandang gelaran Princess of Wales secara rasmi dan bakal meneruskan legasi mendiang ibu mentuanya, Diana.

Merupakan kerabat diraja yang popular dan disayangi, Kate dijangka tidak mempunyai masalah menjalankan tugas seiring dengan tanggungjawab yang hadir bersama gelaran tersebut.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan