24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Pemakaian pelitup muka di sekolah mengikut pilihan – KPM

Walaubagaimanapun, KPM menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kawasan institusi pendidikan khususnya di kawasan ramai orang dan sesak.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMAKAIAN pelitup muka semasa berada di dalam bangunan (indoor) dan di luar bangunan (outdoor) atau kawasan terbuka di kawasan institusi pendidikan adalah mengikut pilihan individu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, walaubagaimanapun, KPM menggalakkan
pemakaian pelitup muka dalam kawasan institusi pendidikan khususnya di kawasan ramai orang dan sesak.

“Bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema, pemakaian pelitup muka semasa di dalam bangunan (indoor) kawasan institusi
pendidikan adalah diwajibkan, manakala pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) kawasan institusi pendidikan pula adalah amat digalakkan.

“Bagi individu yang dikesan positif COVID-19 semasa berada di institusi pendidikan atau asrama, mereka diwajibkan memakai pelitup muka semasa dirujuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan penilaian kesihatan, “katanya.

Baca juga:   Isu beg berat: Lokar sekolah dipasang akhir bulan ini

Menurut KPM, ini mengambil kira sesi persekolahan penggal 3 bagi Sesi Akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 11 September 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 12 September 2022 bagi negeri Kumpulan B.

Di samping itu, KPM berkata, murid diwajibkan memakai pelitup muka semasa menaiki bas/van sekolah atau perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing.

“Ketetapan ini turut terpakai untuk semua institusi pendidikan bawah KPM serta disarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.

Baca juga:   Murid kelas peperiksaan tidak perlu penggiliran ke sekolah - KPM

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” kata kenyataan itu merujuk kepada kenyataan media Menteri Kesihatan Malaysia bertarikh 7 September 2022 berkaitan semakan semula keperluan pemakaian pelitup muka.

Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh KKM pada Rabu.

“Ingin saya jelaskan bahawa pemakaian penutup muka dalam atau luar bangunan di kawasan sekolah adalah mengikut pilihan masing-masing. Tidak diwajibkan.

“Namun begitu, kita amat galakkan pemakaian penutup muka dalam kawasan sekolah khususnya di tempat-tempat yang ramai orang,” katanya dalam video perkongisan menerusi Facebook.

Baca juga:   Murid kelas peperiksaan tidak perlu penggiliran ke sekolah - KPM

Rabu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta merta.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan