30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Banjir : Mesyuarat penyelarasan bencana Isnin ini

Mesyuarat berkenaan diharapkan dapat memastikan perancangan yang lebih berkesan dalam semua aspek, termasuk persiapan perpindahan, stok makanan dan pengurusan PPS.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi tujuan pengurusan bencana banjir pada Isnin ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat tersebut dijangka melibatkan kesemua agensi berkaitan, termasuk wakil kerajaan negeri, bagi memastikan pengurusan bencana kali ini lebih teratur.

Menurutnya, beliau mengharapkan agar mesyuarat tersebut dapat memastikan perancangan yang lebih berkesan dalam semua aspek, termasuk persiapan perpindahan, stok makanan dan pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita tak nak jadi seperti dulu. Sesetengah negeri sudah bersedia, sesetengah negeri yang tak biasa hadapi banjir, tak bersedia. Jadi, akhirnya, berlaku kejadian yang telah berlaku dahulu, terutamanya di Selangor, dan sebagainya.

“Kali ini semua perlu bersedia, bukan setakat di peringkat persekutuan. Banjir ini, sampai di peringkat daerah mesti bersedia, sejak awal lagi. PPS dah ada. Dari segi stok makanan pun dah ready (sedia). Dari segi peralatan untuk perpindahan pun dah ready,” katanya lagi.

Baca juga:   RM50 juta Geran Rukun Tetangga, perkukuh peranan KRT - PM

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian kepada media selepas berucap pada Majlis Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di Feisol Hassan-Halle German-Malaysian Institute (GMI), hari ini, lapor Astro AWANI.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, tidak kira sama ada bencana banjir yang bakal melanda berskala besar atau kecil, namun persediaan sewajarnya akan dilakukan berdasarkan kemungkinan paling buruk.

“Kalau boleh semua dah ready sebelum berlaku apa-apa. Berlaku tak berlaku, tak apa, tak penting. Yang penting, persediaan itu mesti ada.

Baca juga:   Tanah runtuh: Lebih 200 penghuni diarah kosongkan kediaman

“Kita tak tahu berlaku (banjir) besar atau kecil, tetapi kita mesti menganggap akan berlaku banjir besar,”katanya.

Terkini

Polis cedera ditetak penagih di Shah Alam

SEORANG pegawai polis parah di tangan, manakala seorang lagi anggota cedera selepas ditetak seorang penagih dadah dalam kejadian di...

Lagi Artikel Berkaitan