25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dua maut langgar belakang lori kontena parkir bahu jalan

Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah dikeluarkan oleh anggota bomba pada pukul 3.50 pagi menggunakan peralatan khas.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.04 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian.

“Kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki dua mangsa melanggar belakang sebuah lori kontena yang parkir di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazam berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah dikeluarkan oleh anggota bomba pada pukul 3.50 pagi menggunakan peralatan khas.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berusia 33 dan 42 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan