33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

5 graduan UiTM terlibat nahas ketika ke majlis konvokesyen

Kesemua mereka terdiri graduan perempuan berusia 21 tahun mengalami cedera termasuk seorang parah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HASRAT lima graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menghadiri majlis konvokesyen tidak kesampaian apabila mereka terlibat nahas di Kilometer 396 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Noorazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga yang dinaiki lima graduan perempuan berusia 21 tahun.

“Bagaimanapun, sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu telah terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

“Akibat kemalangan tersebut seorang daripada mereka tersepit di bahagian hadapan dan mengalami kecederaan parah.

“Manakala empat lagi rakan mangsa pula mengalami kecederaaan ringan dan kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorazam berkata, kesemua mangsa dipercayai akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan