28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Program Subsidi Upah: Kerajaan salur RM20.9 bilion

Bagi PSU 5.0, sebanyak RM216.719 juta telah disalurkan kepada 8,014 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 122,437 pekerja.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyalurkan sebanyak RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Menurut beliau, di bawah PSU 1.0, 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja menerima manfaat di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan permohonan subsidi upah yang diluluskan mencecah nilai RM12.958 bilion, setakat 29 Julai lalu.

“Bagi PSU 2.0, katanya RM1.408 bilion disalurkan kepada 81,165 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 719,185 pekerja.

Baca juga:   Rafiq letak jawatan, Mas Ermieyati ketuai PN Melaka?

“Di bawah PSU 3.0 setakat tempoh sama, sebanyak RM3.776 bilion telah disalurkan kepada 162,317 majikan untuk mengekalkan penggajian 1.53 juta pekerja.

“Malah, PSU 3.0 turut ditambah baik dengan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-107 yang dikeluarkan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, di bawah PSU 4.0 dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sebanyak RM2.577 bilion telah disalurkan kepada 163,970 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 1.92 juta pekerja setakat 29 Julai, 2022.

Menurutnya, bagi PSU 5.0, sebanyak RM216.719 juta telah disalurkan kepada 8,014 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 122,437 pekerja.

Baca juga:   Usah leka, kekal patuhi SOP, nasihat Tengku Zafrul

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, 40,095 personel berjaya ditempatkan di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui inisiatif Program Kerja Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) setakat 5 Ogos lalu.

Daripada jumlah tersebut, katanya 20,773 orang personel peserta ditempatkan di sektor awam manakala 119,322 orang personel peserta di GLC dan rakan-rakan strategik mereka.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Agong terima menghadap Speaker Turkiye Mustafa Sentop

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa...

Lagi Artikel Berkaitan