28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Pijak kepala anak, bapa ditangkap polis

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bapa yang tergamak memukul serta memijak kepala anak perempuannya berjaya ditangkap polis di tepi Jalan Saga 6A, Taman Saga, Ampang, Kuala Lumpur pukul 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, suspek yang merupakan penganggur didapati memukul anak perempuannya di Pangsapuri Sagaria, Ampang.

Menurutnya, polis menerima aduan daripada mangsa iaitu seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

“Dalam kejadian pukul 7.55 petang semalam, mangsa telah melihat pertengkaran antara ibu dan suspek berkenaan isu duit.

“Suspek telah menyuruh ibu mangsa meminta duit daripada ahli keluarga lain, tetapi enggan sehingga menyebabkan suspek marah dan menarik rambut ibu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Kakitangan pusat jagaan ditahan aniaya kanak-kanak OKU

Ujar Mohamad Farouk lagi, suspek kemudian meminta mangsa menemani ibunya, tetapi mangsa enggan menurut arahan tersebut.

“Hal itu menyebabkan suspek marah lalu menjerit menggunakan kata-kata kesat di dalam bahasa Tamil.

“Suspek bertindak menampar kepala, menolak badan, memukul dan memijak kepala mangsa menggunakan kaki,” tambahnya.

Menurutnya, punca kejadian disebabkan persilisihan faham berkenan isu duit dan suspek tidak berpuas hati mangsa tidak mendengar cakapnya.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

Mengulas lanjut, ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh alkohol dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau dalam jenayah dan dadah.

Baca juga:   Kakitangan pusat jagaan ditahan aniaya kanak-kanak OKU

Suspek kini ditahan reman sehingga Ahad dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan