28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM ucap tahniah kepada skuad badminton di Birmingham 2022

Enam pingat yang disasarkan adalah sukan terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powelifting.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad badminton negara yang mempamerkan aksi cemerlang untuk meraih pingat emas ketiga dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.

Beliau berkata berkata, pingat emas tersebut diperoleh oleh skuad badminton negara melalui acara berpasukan campuran setelah menewaskan pasukan India.

“Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada skuad badminton yang berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia.

“Saya berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada kontinjen Malaysia untuk terus memburu kegemilangan di temasya sukan tersebut dan meletakkan negara di landasan tepat untuk memburu sasaran enam pingat emas,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pasukan badminton kebangsaan muncul juara edisi Birmingham selepas menumpaskan juara bertahan, India 3-1 di pentas final, sekali gus menebus kekecewaan tumpas 1-3 di tangan lawan yang sama itu pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Terdahulu, skuad negara meraih dua pingat emas menerusi atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin yang memenangi acara kategori 55 kg dan 61 kg.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan sasaran enam pingat emas buat kontinjen negara di temasya Komanwel Birmingham 2022 yang akan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos.

Berdasarkan perkembangan terkini prestasi atlet negara, enam pingat yang disasarkan adalah sukan terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powelifting.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan