30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 18, 2022

Pengusaha taska didenda RM7,000 tampar kanak-kanak dua tahun

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Azlinawaty Julaihi, 41, selepas dia mengaku bersalah dengan menampar kanak-kanak berkenaan beberapa kali.

Perbuatan tertuduh menyebabkan kanak-kanak itu mengalami bengkak di kedua belah bahagian mata dan lebam di bahagian kanan tulang pipi dalam kejadian di sebuah taska di Jalan Dato’ Senu, Kuala Lumpur pada 12.30 tengah hari, 15 Jun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Baca juga:   MDEC, PitchIN tawar revolusi tempahan bilik dikuasai realiti maya

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Emelia Kaswati dalam penghakimannya berkata, mahkamah perlu menjatuhkan satu hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya ia menjadi pengajaran kepada pengasuh lain agar tidak melakukan kesalahan sama.

Difahamkan tertuduh membayar denda berkenaan.

-EDISI9

Terkini

Tiga lelaki dipenjara lapan bulan cederakan guru tahfiz

MAHKAMAH Majistret hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada tiga lelaki selepas mereka mengaku bersalah mencederakan seorang tenaga...

Lagi Artikel Berkaitan