25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Cecair vape bernilai lebih RM1.6 juta dirampas sejak 2019

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas cecair vape yang disyaki mengandungi racun nikotin bernilai kira-kira RM1.657 juta sejak 2019 hingga Julai lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, rampasan itu hasil penguatkuasaan berterusan Cawangan Penguatkuasaan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS ke atas aduan orang ramai berkaitan penjualan cecair vape mengandungi racun nikotin yang dikawal di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

“Sebanyak 32 kertas siasatan turut dibuka sepanjang tempoh tersebut dengan 31 kes berjaya didakwa di mahkamah dengan jumlah denda dikutip sebanyak RM108,400, “katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, katanya, JKNS ingin menasihatkan kepada orang ramai sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan penjualan cecair vape bernikotin boleh salurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) http://moh.spab.gov.my.

“Selain itu, aduan juga boleh dibuat di mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan