34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

MARA Corp anjur pelbagai program hidupkan MARA Digital Mall

Ini akan menarik penglibatan generasi muda khususnya golongan Bumiputera untuk berniaga di situ.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MARA Corporation (MARA Corp) bakal menganjur lebih banyak program yang melibatkan penyertaan golongan belia pada setiap hujung minggu di MARA Digital Mall dalam usaha menghidupkan kembali lokasi berkenaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah berkenaan sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahukan MARA Digital Mall diteruskan.

Menurutnya, program seumpama itu akan dapat mempromosikan lagi pusat beli-belah barangan teknologi digital tersebut.

“Saya nak syorkan kepada MARA Corporation kalau boleh hujung minggu minta kerjasama DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tutup jalan di depan MARA Digital. 

“Boleh buat macam-macam program dengan anak-anak muda. Tapi itu kena ada kerjasama di antara DBKL dengan MARA.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Jelas Mahdzir, penganjuran program yang pelbagai di persekitaran MARA Digital Mall itu akan menarik penglibatan generasi muda khususnya golongan Bumiputera untuk berniaga di situ.

MARA Corp katanya boleh melaksanakan program itu dengan kerjasama bersama DBKL.

“Satu perbincangan bersama Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan diadakan bagi memperincikan syor tersebut,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengadakan lawatan mengejut ke MARA Digital Mall bersama Mahdzir dan beberapa pegawai tinggi MARA.

Susulan itu, Perdana Menteri mengarahkan MARA meneruskan projek Digital Mall itu bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT).

Beliau mendapati peniaga yang ada di MARA Digital Mall mampu meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat.

Untuk rekod, Mara Digital Mall dicetuskan oleh Ismail Sabri semasa beliau menyandang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada tahun 2015. 

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan