30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Isu LCS: Jangan cepat menghukum, beri hak dapatkan keadilan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diseru tidak cepat menghukum selepas pendakwaan dilakukan terhadap bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berhubung projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) hari ini.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata setiap yang dituduh perlu diberikan hak untuk mendapatkan keadilan di samping perlu berjalan mengikut proses perundangan sedia ada.

“Bekas Pengarah Urusan BNS yang juga bekas Panglima Tentera Laut Laksamana (Bersara) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa pecah amanah.

“Dengar khabar banyak lagi yang akan dibawa ke muka pengadilan.

“Apa-apapun jangan cepat menghukum, biar proses perundangan berjalan dan setiap yang dituduh diberikan hak untuk mendapatkan keadilan,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cepat bertindak berhubung kes berkenaan.

“Harapnya segala penyelewengan dan ketirisan wang rakyat dapat dibongkarkan dan diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendakwa terdapat pihak yang menyifatkan pendakwaan itu hanya membabitkan ‘ikan bilis’

“Pendakwaan ke atas bekas Panglima Tentera Laut yang juga bekas Pengarah Urusan pun dianggap ikan bilis oleh puak-puak ini.

“Apakah keadilan ini diukur berpandukan warna parti? Apakah apabila jika pemimpin Umno yang didakwa baru puas hati?” soalnya.

Asyraf Wajdi berkata, jika benar ada campur tangan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Umno ketika itu sudah tentu pemimpin Umno seperti Presiden yang sedang didakwa ditarik pertuduhan di mahkamah.

“Ia sebagaimana yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam banyak kes termasuk Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (rasuah banglo) dan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli (fitnah Tabung Haji),” dakwanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan