27.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

KPM laksana proses pemutihan tanah sekolah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan proses ‘pemutihan’ untuk memindahkan milik tanah sekolah daripada kerajaan negeri kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bagi memudahkan pembinaan sekolah pada masa hadapan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, isu kelewatan projek pembinaan sekolah sebelum ini adalah disebabkan proses yang begitu lama bagi pengambilan tanah berkenaan.

“Pembinaan sekolah ini isu panjang yang dah berlarutan lama. Isu kelewatan pembinaan sekolah saya sentiasa tekankan ialah tanah tapak sekolah kita selama ini bukan milik JKPTG atau kerajaan.

“Sebab itu, bila dapat peruntukan untuk dilaksanakan pembinaan sekolah bila semak tapaknya belum milik JPTGK, maka proses pertukaran itu sungguh lama dan kita ambil tindakan proaktif ‘pemutihan’ tanah untuk kita pastikan selepas ini, semua tanah ini milik kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-6 SK Putrajaya Presint 17(1) di Stadium Mini UNITEN, di Kajang.

Baca juga:   Kerajaan kekal pendirian tidak iktiraf UEC - Radzi

Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 1 memaklumkan pengurusan projek pembinaan sekolah antara tempoh 2016 hingga 2021 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), termasuk projek sambungan, adalah kurang cekap dan kurang berkesan.

Laporan tersebut menyebut, masalah koordinasi antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat utiliti, serta isu ketersediaan tapak projek turut menyumbang kepada kemajuan projek yang antaranya mengalami kelewatan.

Baca juga:   Edar dadah guna perkhidmatan kurier, tiga ditahan

Justeru itu, Radzi berkata, pihaknya menjalankan usaha sama dengan PBT untuk memastikan masalah pembinaan sekolah termasuk yang terbengkalai dapat dilaksanakan segera dan tidak memberi kesan kepada pembangunan infrastruktur pendidikan negara.

“Kita tahu sekolah terbengkalai lama maka keadaannya makin teruk dan kos pembinaan yang asas itu nak kena tambah lagi sebab itu tumpuan kita nak selesaikan masalah kecil ini dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Radzi berkata, pihaknya sedang mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai kaji selidik yang mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran.

Radzi berkata, KPM terlebih dahulu perlu mengetahui sampel kajian yang dilaksanakan DOSM itu termasuk umur peserta kajian sebelum memperincikan dan menjelaskan penyelesaian kepada umum.

“Kita nak tahu kohort umur mana yang diambil kajian itu. Kalau umur 60 ke atas pada waktu itu, mungkin akses pendidikan tak macam sekarang, jadi kita perlu perincikan kajian DOSM ini, nak tahu peratusan itu kohort umur mana,” katanya.- BERNAMA

Baca juga:   PdPR diteruskan sehingga 31 Ogos 2021 - KPM

Terkini

Jelajah AKM Selangor buka tirai di Stadium Shah Alam hari ini

JELAJAH Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor membuka tirainya hari ini dengan pelbagai program dan aktiviti menarik diatur untuk para...

Lagi Artikel Berkaitan