30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jangan biar sentimen rindu BN memerintah pudar – Zahid Hamidi

Jangan juga apabila pembangkang semakin bersatu menentang BN, barulah hendak mengadakan pilihan raya umum.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak untuk tidak membiarkan sentimen rindukan BN kembali memerintah menjadi pudar.

Ahmad Zahid berharap agar usaha melengahkan Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 tidak berlaku walaupun hakikatnya sudah mulai sedikit terlewat untuk mengadakan PRU ke-15.

“Jangan biarkan sentimen rindukan BN kembali memerintah semula menjadi pudar kerana dilengahkan tarikh PRU.

“Jangan juga apabila pembangkang semakin bersatu menentang BN, barulah hendak mengadakan pilihan raya umum,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Ahmad Zahid lagi, BN berdepan pengalaman kekalahan buat pertama kali dalam sejarah apabila menangguhkan 14 bulan pada PRU ke-14 dahulu kerana sikap segelintir pemimpin mahu menangguhkannya.

Menurut beliau, semakin dilengah atau ditangguhkan sudah pasti musuh politik Umno dan BN akan menggunakan pelbagai politik kebencian terhadap UMNO kerana mereka tahu hanya menggunakan sentimen tersebut dan mengelirukan akar umbi UMNO.

“Semakin dilewatkan sebenarnya semakin kurang memberikan kelebihan kepada UMNO BN.

“Keadaan ekonomi semakin kurang menentu UMNO akan disalahkan kerana PM sekarang ialah dari UMNO.

“Ini tidak termasuk usaha membuat demonstrasi pembangkang secara berkala dan mengelirukan isu seperti LCS yang mana kerajaan PH 22 bulan sendiri yang melewatkan projek tersebut.

“Sedangkan tak ada siasatan SPRM, Polis dibuat terhadap isu tersebut ketika itu,” katanya.

Bahkan beliau mengulangi UMNO akan sentiasa bersiap siaga.

“PRU bila-bila masa sahaja. Tadi semasa konvensyen wanita BN saya menyatakan bahawa PRU akan dijangka diadakan pada tahun ini.

“Inilah bacaan saya masa terbaik untuk memastikan UMNO BN menjadi dominan dan kembali menjadi kerajaan yang kuat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan