25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Isu LCS : Kertas siasatan telah lengkap

SPRM menyarankan kepada AGC untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun melengkapkan siasatan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS).

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“SPRM turut menyarankan kepada AGC untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu.

“SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian AGC terhadap kertas siasatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta SPRM menyegerakan siasatan berhubung isu LCS yang hangat diperkatakan.

Advertisements

Perkara tersebut dibincang secara terperinci dan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Sekiranya terdapat bukti kukuh, Perdana Menteri menegaskan Peguam Negara perlu membuat pendakwaan dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Malah, Perdana Menteri memaklumkan telah memanggil Peguam negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras keputusan mesyuarat.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan