33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Tiada cadangan tutup sektor ekonomi sekali lagi – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak bercadang untuk menutup kembali sektor ekonomi seperti sebelum ini walaupun berlaku peningkatan kes positif COVID-19 sejak awal bulan ini.

Demikian ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata, langkah penting perlu diambil rakyat ketika ini adalah untuk terus mengamalkan kawalan kendiri selain mengambil dos penggalak bagi melindungi diri masing-masing.

Ahli Parlimen Bera itu turut menggalakkan 7 juta rakyat Malaysia yang belum mengambil dos penggalak untuk mengambilnya sebagai langkah proaktif bagi melindungi diri dan keluarga daripada varian baru yang mudah merebak meskipun ia tidak diwajibkan.

“Ia juga diyakini turut membantu berdepan varian baharu wabak itu terutamanya Omicron BA.5 yang lebih mudah menjangkiti.

“Kehidupan akan berjalan seperti biasa cuma kita perlu mengambil langkah proaktif untuk melindungi diri dan keluarga termasuk mengambil suntikan dos penggalak,” katanya.

Baca juga:   Pakej Perpaduan tawar prabayar internet RM5 sebulan

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Parlimen Bera 2022 di Masjid Darul Fikri, Bera, Pahang hari ini seperti dilapor Astro AWANI.

Sehingga semalam, sebanyak 3,264 kes baru COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,595,974.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 35,882, meningkat 27.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sementara itu jumlah kes tertinggi terus dicatatkan di sekitar Lembah Klang yang menyaksikan hampir 70 peratus kes baharu dengan Selangor 1,326 kes.

Baca juga:   COVID-19: 3,490 kes baharu, terendah sejak tujuh bulan lalu

Wartawan

Terkini

Murid perempuan maut digilis treler ketika pulang dari sekolah

SEORANG murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah dalam kejadian yang...

Lagi Artikel Berkaitan