28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pesara kerugian RM38,000 dakwa ditipu agensi pengurusan haji

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pesara kerugian sebanyak RM38,000 selepas disdakwa menjadi mangsa penipuan sebuah sebuah agensi pelancongan yang dipercayai gagal menguruskan pakej haji.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Supt M. Zambri Mahmud berkata, mangsa yang berusia 62 tahun itu telah membuat bayaran pertama sebanyak RM3,000 pada 2 Jun lalu.

Katanya, selepas itu mangsa telah melakukan transaksi kedua sebanyak RM35,000 ke dalam akaun atas nama agensi pelancongan berkenaan.

“Bagaimanapun pemilik agensi tersebut memberikan pelbagai alasan dan gagal menempah tiket penerbangan pengadu sehingga menyebabkan mangsa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.

Advertisements

“Susulan itu mangsa telah membuat laporan polis dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah kesalahan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Astro AWANI.

M. Zambri berkata, tangkapan ke atas suspek akan dibuat dalam masa terdekat selepas siasatan di kontinjen lain yang terlibat selesai.

“Justeru orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pemilihan pakej haji dan memilih agensi pelancongan yang berkeupayaan untuk melaksanakannya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan