Wednesday, July 22, 2026

3,264 kes baharu COVID-19, Selangor tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 3,264 kes semalam termasuk lima kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,558,170 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,703 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada COVID-19 sebanyak 4,524,281.

Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,326.

Diikuti Kuala Lumpur (847), Perak (230), Sabah (208), Pulau Pinang (144), Negeri Sembilan (131) dan Putrajaya (84).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (75), Melaka (62), Sarawak (47), Pahang (38), Kedah (37), Kelantan (14), Terengganu (12), Labuan (5) dan Perlis (4),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak dua kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35, 811.

Jumlah kematian BID pula kekal sebanyak 7,593 setakat ini.

Sebanyak 34,659 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Manakala sebanyak 1,156 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 26 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan