25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kesal putar belit isu, PM jamin tangani isu ‘Makcik Goreng Pisang’

Minyak masak untuk kegunaan rumah, ada tulis di paket untuk kegunaan rumah atau domestik.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal terhadap pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau berkenaan minyak paket yang digunakan “Makcik Goreng Pisang”.

Video jawaban Perdana Menteri berhubung isu kos sara hidup yang dikemukakan di Dewan Rakyat dimanupulasi oleh pihak-pihak tertentu dan disebarluaskan menerusi media sosial.

Menurut Ismail Sabri, minyak paket yang bersubsidi tersebut sebenarnya adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.

“Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka?

“Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket,” kata beliau dalam Facebook hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi, bukan sesuatu yang mudah untuk menyelesaikan isu minyak masak bersubsidi tetapi ada perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan.

“… Tetapi, Kerajaan tidak berdiam diri. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini,” katanya.

Dalam hantaran terdahulu, Ismail Sabri berkata, subsidi minyak masak tidak ditarik secara keseluruhannya.

“Minyak masak untuk kegunaan rumah, ada tulis di paket untuk kegunaan rumah atau domestik. Kita kekalkan subsidi minyak masak tersebut.

“Yang kita tidak teruskan ialah minyak masak di dalam botol kerana pada bulan Ogos 2021 (tahun lalu,) semasa PKP, diperkenalkan subsidi minyak masak botol ini selama tiga bulan,” kata beliau.

Menurutnya, oleh kerana ekonomi masih belum dibuka semasa itu, jadi subsidi minyak botol diteruskan.

“Pada 1 April lalu, kita telah membuka ekonomi kita, jadi tiada keperluan untuk subsidikan minyak masak berbotol. Kita hentikan subsidi untuk minyak masak berbotol tapi untuk kegunaan rakyat biasa, B40 dan sebagainya.

“Minyak masak berpaket, kita teruskan subsidi sebanyak RM4 bilion ringgit,” katanya.

Menurut beliau, yang selalu dibanding-bandingkan ialah minyak masak 5 kilogram (kg).

“Sepatutnya kita bandingkan dengan 1 kg yang berharga RM2.50 dan satu botol minyak masak berbotol sebanyak RM9 kalau tidak bersubsidi.

“Minyak masak berbotol 5 kg banyak digunakan oleh peniaga yang tidak berhak mendapat subsidi kerana minyak bersubsidi hanya untuk kegunaan rumah.

“Tetapi, kerana harganya terlalu jauh bezanya, maka banyak diselewengkan dan Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri sedang mengambil tindakan untuk memastikan penyelewengan dapat dikurangkan,” katanya.

Menurut beliau, itu sebahagian daripada intervensi kerajaan selain pelan langkah panjang dan pendek untuk kita kurangkan.

“Dari segi kesan kenaikan harga, kita stabilkan barangan, bekalan dan juga menurunkan harga,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan